... wanita ibarat bunga ...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara,
yang kekal menjadi pujaan manusia,
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya,
kerana akhlak itu umpama bunga diri,
tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk,
tiada guna juga berwajah cantik andai hati kosong tanpa ilmu,
ibarat bunga...
ada yang cantik bila dipandang tetapi buruk baunya,
ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan.
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar, 
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati,
Ternyata amat tinggi nilainya...
Renung-renungkanlah...
 


 


